Tuesday 21 June 2011

..madu..

MADU digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi. Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
http://drrozmey.files.wordpress.com/2010/03/madu-lebah1.jpg?w=223&h=225&h=167
Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh. Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser.
Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin. Bagi bayi yang baru lahir pula, madu dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
Selain itu, madu boleh membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut.Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut

No comments:

Post a Comment