Saturday, 16 July 2011

Serangan penyakit dan perosak

Lebah mempunyai musuh dan penyakit yang boleh menyebabkan kematian, kepupusan dan pengeluaran madu berkurangan. Terdapat dua jenis masalah utama kepada lebah iaitu BAKTERIA dan PARASIT. Bakteria banyak memberi kesan kepada lava. Dua penyakit yang biasanya menyerang lebah, American Foul Brooddan European Foul Brood.

Kaedah memungut hasil lebah madu
antara perkara yang dilakukan ketika memungut hasil. sumber:sabah.gov.my
  1. Asapkan kawasan kotak koloni agar dapat menghalau lebah madu ketika mengutip hasil. pastikan memakai pakai yang sesuai serta memakai jaring pelindung muka
  2. Dengan menggunakan pengungkit sisiran, angkat sisiran dari kotak koloni lebah, goncangkan hingga lebah yang tinggal terjatuh.
  3. Gunakan sikat sekiranya masih ada lebah yang masih tinggal/ melekat pada sisiran
  4. Setelah sisiran bebas dari lebah, masukkan sisiran ke dalam baldi dan terus dibawa ke mesin pemerah madu
  5. Asingkan landasan sarang lebah ke dalam mesin pemerah madu. Gunakan pisau sekiranya landasan melekat kuat pada sisiran.
  6. setelah pemilihan landasan sarang telah dibuat, masukkan dalam mesin pemerah madu dan mula memerah.
  7. pastikan putaran mesin tidak terlalu perlahan kerana dikhuatiri tidak kesemua madu akan keluar. jika terlalu kuat pula akan menyebabkan kematian larva lebah.
  8. setelah bersih, sisiran dikeluarkan dari mesin ekstrak dan dibawa ke kotak koloni semula.

No comments:

Post a Comment